关注我们

何子孟建议政府 有效解决走私烟

马新咖啡茶业联合总会总会长拿督何子孟建议政府,在即将提呈的2021年财政预算案,应采取全面及有效的措施,解决走私烟的问题,包括香烟的税收。

他认为,解决走私烟的措施,不应仅局限于执法,还应考虑有效的解决方案。

他今日发表文告说,政府必须采取紧急和广泛的行动以制止烟草黑市,确保全国零售领域和咖啡店能够继续生存。

他说,最近新闻报道指我国是世界上最大的黑烟市场,走私烟占据整个市场的65%,而以目前我国的经济趋势,该比率也有可能攀升至70%。

他也说,整个零售领域,包括咖啡店业务多年来一直因走私烟蒙受重大收入损失,而且也发现越来越少客户购买合法产品,逐渐转向廉价的走私烟。

他说:“许多消费者转向购买走私烟,主要是两者之间出现巨大的价格差距,一包走私烟的售价低于3令吉50令吉,比合法的高级品牌价格高出5倍。”

他说,冠病疫情已将许多商家推向倒闭的边缘,因此烟草黑市的问题迫切需要获得解决。

Kerajaan digesa melaksanakan langkah menyeluruh dan berkesan untuk menangani faktor permintaan serta penawaran rokok seludup di negara ini.

Presiden Persatuan Pemilik Kedai Kopi Malaysia Singapura (MSCSPGA), Datuk Ho Su Mong, berkata penekanan itu perlu diberikan keutamaan dalam pembentangan Belanjawan 2021 di Parlimen, bulan depan.

Katanya, dasar dirancang bagi menangani peningkatan permintaan dan penawaran rokok seludup perlu melangkaui langkah penguatkuasaan semata-mata.

“Ini termasuk meneliti semula rumusan percukaian ke atas produk berkenaan dan langkah drastik serta meluas dalam menghentikan pasaran rokok seludup demi memastikan kelangsungan hidup perniagaan runcit dan kedai kopi di seluruh negara.

“Kami kecewa, namun tidak terkejut dengan pendedahan Malaysia berada di kedudukan pertama sebagai negara memiliki pasaran rokok seludup terbesar di dunia.

“Ini bukan sesuatu yang seharusnya dibanggakan oleh rakyat Malaysia. Seluruh sektor peruncitan termasuk perniagaan kedai kopi di Malaysia sejak bertahun lamanya menderita kerugian berikutan jual beli rokok seludup.

“Tahun demi tahun kami melihat pelanggan semakin kurang membeli produk tembakau sah, sekali gus menyebabkan pembelian rokok seludup terus meningkat,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Berdasarkan perangkaan semasa, Su Mong berkata lebih 65 peratus daripada keseluruhan pasaran tembakau negara didominasi rokok seludup.

Dalam situasi ekonomi yang mana perbelanjaan rakyat terjejas, beliau tidak menolak bahawa kadar itu bakal melonjak sehingga melebihi 70 peratus.

“Situasi ini hanya akan menambah beban kepada perniagaan rokok yang sah. Alasan utama mengapa ramai pengguna beralih kepada rokok seludup adalah kerana jurang perbezaan harga yang terlalu besar dengan rokok sah.

“Harga rokok seludup terlalu murah berbanding rokok sah. Bergantung kepada tempat, sekotak rokok seludup boleh dibeli serendah RM3.50 manakala rokok sah berjenama dijual lima kali ganda lebih mahal.

“Krisis COVID-19 juga memberi tekanan kepada banyak perniagaan sehingga ke tahap gulung tikar, sekali gus memerlukan isu rokok seludup ditangani bagi mengelak kerugian pulangan hasil daripada sumber utama.

“Ini bagi memastikan kelangsungan perniagaan perlu menjadi keutamaan kepada Kerajaan Persekutuan dalam mempertahankan ekonomi negara,” katanya.

Share on facebook
Share on email
Share on whatsapp