关注我们

Jan 1 onwards govt will enforce for these 5 states.

PROGRAM SARINGAN COVID-19 BAGI PEKERJA ASING
DI NEGERI SELANGOR, W.P. KUALA LUMPUR, NEGERI SEMBILAN, PULAU PINANG, SABAH DAN W.P. LABUAN

PERKESO dengan kerjasama Jabatan Tenaga Kerja (JTK) dan Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) akan melaksanakan saringan COVID-19 kepada semua pekerja asing yang mencarum dengan PERKESO dan bekerja di Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Labuan, Negeri Sembilan, Pulau Pinang dan Sabah. Saringan ini akan dijalankan secara bersasar berdasarkan lokaliti zon merah yang mempunyai kepadatan pekerja asing yang tinggi.

Ujian saringan ini dijalankan dengan kerjasama klinik dan hospital swasta secara berjadual dan berperingkat dengan memberi tumpuan kepada daerah-daerah yang berisiko tinggi, mulai 1 Disember 2020.

Aktiviti penguatkuasaan bagi program ini akan mula dijalankan ke atas majikan – majikan di negeri – negeri tersebut akan bermula 1 Januari 2021.

Berikut adalah jadual pelaksanaan ujian saringan secara berkala di daerah-daerah yang dikenal pasti iaitu:

  1. Daerah Klang dan Seremban bermula pada 1 Disember 2020;
  2. Lain-lain daerah zon merah di Selangor, WP Kuala Lumpur dan Pulau Pinang bermula pada 9 Disember 2020;
  3. Seluruh Negeri Sabah, WP Labuan dan lain-lain daerah di negeri Selangor, Pulau Pinang dan Negeri Sembilan bermula pada 16 Disember 2020.

Ujian saringan ini akan menggunakan kaedah RTK Antigen yang diluluskan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia dan kit ujian akan dibiayai oleh PERKESO. Majikan hanya perlu membiayai kos perkhidmatan yang dikenakan oleh klinik atau hospital. Bagi pekerja asing yang bukan pencarum PERKESO, kos saringan perlu ditanggung sepenuhnya oleh pihak majikan.

Program ini akan dikuatkuasakan oleh Kementerian Sumber Manusia di bawah Akta Standard Minimum Perumahan, Penginapan dan Kemudahan Pekerja 1990 (Akta 446) bagi mencegah penularan COVID-19 di kalangan pekerja asing.

Sebarang pertanyaan boleh diajukan melalui emel hsp@perkeso.gov.my atau talian hotline 1-300-22-8000 atau 03-4264 5089.

https://psp.perkeso.gov.my/

Share on facebook
Share on email
Share on whatsapp